Pemakluman : Fasa II PDF Print E-mail


Fasa II - Pelan Global UTM

LAPORAN PERKEMBANGAN PROJEK BAGI PELAN GLOBAL UTM

2012 – 2020 DI BAWAH KEY FOCUS AREA – HUMAN CAPITAL

Untuk makluman Ybhg Prof./saudara, pihak sekretariat memerlukan maklumat status projek-projek yang dilaksanakan di bawah Key Focus Area – Human Capital untuk dilaporkan kepada Champion.


Oleh yang demikian, mohon kerjasama YBhg Prof./saudara untuk menghantar Laporan Perkembangan Projek di bawah tanggungjawab YBhg Prof./saudara kepada pihak sekretariat selewat-lewatnya pada
1 Februari 2013.

(Pn. Nurulhuda binti Abu Talib : 07-5530428/En. Iskandar bin Ishak : 07-5530417).


PEMBENTANGAN KERTAS KERJA DI MESYUARAT KHAS

JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI

Sebagaimana yang telah sedia maklum, YBhg Datuk Naib Cansellor melalui buku 'Akademia Baru' telah melancarkan Pelan Global UTM 2012-2020 yang melibatkan lima pakej pelan pelaksanaan iaitu Projek Sunrise, Projek Sinergi, Projek Akademia Baru, Projek Job Creation dan Projek Tropicana.

Sebanyak 207 projek dibawah 40 task force yang berlainan telah dikenalpasti dan dijalankan serentak di seluruh univeristi bermula pada awal tahun 2012. Sehubungan dengan itu, satu pembentangan kertas kerja akan diadakan di Mesyuarat (Khas) Jawatankuasa Pengurusan Universiti seperti butir yang berikut:


Tarikh
: 9 Ogos 2012
Tempat
: Dewan Senat, Bangunan Canselori Sultan Ibrahim
Masa
: 9.30 pagi - 12.30 Tengahari


Sehubungan dengan itu, bagi memastikan perjalanan sesi tersebut berjalan dengan lancar dan teratur. beberapa perkara perlu diberikan perhatian dan tindakan oleh semua Ketua Projek:

Semua ketua projek diminta untuk berada bersama di dewan pembentangan sepanjang sesi pembentangan bagi Key Focus Area (KFA) masing-masing bagi memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang lain disamping mendapatkan maklumblas terus dari pihak JPU.

Atas permintaan semua ahli JPU, semua ketua projek dimohon untuk mengemukakan kertas kerja dan slide pembentangan kepada bahagian BTPR segera atau selewat-lewatnya pada 2 Ogos 2012 (Khamis) dalam bentuk PDF untuk tindakan selanjutnya. Disini disertakan format kertas kerja JPU dan templet for TPU proposal :
Format Kertas Kerja JPU
Slide Presentation JPU
Template for TPU Proposal
Kerjasama dan keprihatinan dari semua ketua projek amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih


 

Fasa II - Pelan Global UTM

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Transformasi dan Pengrusan Risiko telah menganjurkan Hari Terbuka "Transformasi Program of University 2 (TPU.2)" seperti butiran berikut:

Tarikh
: 4 Jun 2012
Tempat
: Dewan Sultan Iskandar, 
UTM Johor Bahru
Masa
: 9.00 pagi - 3.00 petang



BENGKEL PELAN GLOBAL KFA : HUMAN CAPITAL

Sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Pelan Global KFA : Human Capital akan diadakan seperti berikut:

Tarikh
: 3 April 2012
Tempat
: Dewan Jamuan Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, 
UTM Johor Bahru
Masa
: 8.00 pagi - 5.00 petang



Last Updated on Tuesday, 05 February 2013 01:06