Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan mengikuti kursus peralihan Pembantu Makmal (C17/C22/C26) ke Penolong Pegawai Sains (C27) kemasukan Jun 2012 telah dibuka.
Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan wawasan universiti sebagai Entrepreneurial Research University bertaraf antarabangsa.
Selaras dengan hasrat ini calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan bagi jawatan berikut:-
Penangguhan Taklimat PROSPEK Bagi Staf Bukan Akademik
Merujuk kepada perkara di atas, satu Perhimpunan Khas Kakitangan Awam bersama dengan YAB Perdana Menteri telah diadakan di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 8 Mac 2012 (Khamis) berkaitan pembatalan SBPA.
Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa Taklimat Program Bersepadu Potensi Dan Kompetensi (PROSPEK) Bagi Staf Bukan Akademik yang akan diadakan adalah dengan ini DITANGGUHKAN sehingga mendapat maklum balas RASMI dari pihak JPA MALAYSIA.
Waktu Rawatan Klinik Norila
Dimaklumkan bahawa waktu rawatan Klinik Norila (Taman Sri Pulai, Skudai) bermula 1 Mac 2012 seperti berikut;
Hari
Waktu Rawatan
Isnin-Sabtu
9.00am-3.00pm 5.00pm-10.00pm
Ahad & Hari Pelepasan Am
Tutup
Gerbang SMS UTM
UTM kini telah menyediakan perkhidmatan SMS melalui 1 nombor iaitu; 15888
Perkhidmatan SMS ini adalah sebagai satu inisiatif dalam mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan bagi membolehkan mahasiswa / staf mendapatkan perkhidmatan melalui SMS dengan mudah dan ringkas.
Perkhidmatan SMS UTM Antara perkhidmatan yang ditawarkan menerusi SMS;
1.
Semakan Keputusan Peperiksaan (bermula semester 1 sesi 2010/2011 Taip UTM RESULT [No KP] & SMS ke 15888
2.
Makluman talian Pejabat Pendaftar, PSZ dan Pejabat Bendahari Taip UTM PENDAFTAR, UTM PSZ, UTM BENDAHARI & SMS ke 15888