|

Selaras dengan aspirasi untuk merealisasikan falsafah Pendidikan Negara dan visi Universiti, Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 1992. Pada peringkat awal penubuhannya, Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum diletakkan di bawah pentadbiran Canseleri dan pejabat sementaranya terletak di ruang Pejabat Hal Ehwal Korporat. Masalah menempatkan peralatan kokurikulum dan keperluan beroperasi sendiri mendorang Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum untuk memohon bangunan sendiri dan akhirnya sebuah bangunan telah didirikan di Blok L52 di kawasan Centre Point dan mula beroperasi pada 15 September 1997.
Kursus kokurikulum mula ditawarkan pada semester Julai sesi 1992/93 sekaligus diberikan pengiktirafan sebagai kursus akademik. Beberapa pembaharuan telah dibuat sebagai usaha untuk memantapkan lagi struktur kokurikulum di UTM . Antaranya ialah menyemak dan menyusun semula kurikulum kursus-kursus yang ditawarkan dan menambah bilangan kursus. Terdapat lebih kurang 70 kursus yang ditawarkan dan dipecahkan kepada lapan teras iaitu Kepimpinan, Kesukarelawanan, Daya Usaha dan Inovasi, Khidmat Komuniti, Keusahawanan, Pengucapan Awam, Kebudayaan serta Sukan. Sekurang-kurangnya seramai 80 orang tenaga pengajar / jurulatih terlibat mengendalikan aktiviti dan program kokurikulum di UTM. Mereka terdiri daripada staf dan khidmat dari orang luar. |
|
Last Updated on Monday, 24 January 2011 08:02 |