| PERGERAKAN KESATUAN SEKERJA DI MALAYSIA 1. SEJARAH LATARBELAKANG 2. HAK BERKESATUAN SEKERJA 3. TUJUAN KESATUAN SEKERJA 4. STRUKTUR KEANGGOTAAN KESATUAN 5. BILANGAN KESATUAN SEKERJA 6. LARANGAN KEANGGOTAAN PEGAWAI AWAM 7. PERSEKUTUAN/BADAN PERUNDING SEJARAH LATAR BELAKANG Abad ke 19 - Pengaruh politik dan kepentingan ekonomi British di Malaya dan kemasukan pekerja asing. 1920 - Pertubuhan menyerupai kesatuan sekerja (Chinese Workers Guids) 1928 - Parti Komunis Malaya di tubuhkan 1935 - Mogok di lombong Batu Arang. 1940 - Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 diperkenalkan 1941 - Penaklukan Jepun ke atas Malaya 1945 - Kesedaran politik - penubuhan kesatuan sekerja. 1946 - General Labour Union melancarkan 41 mogok, di susun semula menjadi Pa Malayan Federation of Trade Unions. 1946 - Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 dikuatkuasakan. (Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja ditubuhkan)
1947 - Pendaftaran Kesatuan Sekerja 298 kesatuan /195,113 ahli.
1948 - Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 dipinda. Persekutuan Kesatuan sekerja/had keanggotaan. 1948 - Malaya dalam darurat 1959 - Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 menggantikan Enakmen 1940 daftar semula Kesatuan /250 kesatuan 175,647 ahli. 1965 - Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 di perluaskan ke Sabah dan Sarawak. 1981 - Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 dinamakan Akta Kesatuan Sekerja 1959. 1989 - Gelaran Pendaftar Kesatuan Sekerja diganti dengan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja. - Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. HAK BERKESATUAN SEKERJA 1. Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan. " semua warganegara adalah berhak menubuhkan kesatuan ' 2. Seksyen 8 Akta Kerja 1955 : " Tiada kontrak perkhidmatan boleh menghadkan hak pekerja untuk menganggotai kesatuan sekerja atau menyertai dalam aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja atau menubuhkan kesatuan sekerja" 3. Seksyen 5 (1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Tiada majikan boleh (a) Mengenakan syarat menyekat hak seseorang menggangotai kesatuan sekerja atau meneruskan keanggotaanya dalam kesatuan sekerja. TUJUAN KESATUAN SEKERJA 1. Mengatur perhubungan antara pekerja-pekerja dengan majikan majikan bagi maksud menggalakkan perhubungan perusahaan yang baik, memperbaikkan syarat-syarat pekerjaan, memperbaikan status sosial dan ekonomi pekerja-pekerja dan meningkatkan produktiviti. 2. Mengatur perhubungan antara pekerja dengan pekerja atau antara majikan dengan majikan. 3. Mewakili pekerja-pekerja atau majikan-majikan dalam pertikaian perusahaan. 4. Menjalankan atau mengendalikan pertikaian perusahan dan perkara -perkara yang berkaitan dengannya. 5. Menganjurkan atau membiayai mogok atau memperuntukkan gaji atau faedah-faedah lain kepada anggota-anggotanya semasa mogok dijalankan. 6. Menganjurkan dan mengendalikan kursus, seminar, dialog dan sebagainya. 7. Menerbit jurnal, majalah, buletin atau penerbitan lain. 8. Menubuhkan dan mentadbirkan tabung kebajikan dan secara amnya melaksanakan apa-apa objektif kesatuan sekerja yang sah. LARANGAN KEATAS KEANGGOTAAN PEGAWAI AWAM 1. Anggota Polis Diraja Malaysia 2. Anggota Perkhidmatan Penjara 3. Anggota Angkatan Bersenjata 4. Pegawai awam yang bertugas dalam jawatan sulit atau keselamatan. 5. Pegawai awam yang dilarang di bawah undang-undang bertulis daripada menubuh atau menjadi anggota kesatuan sekerja.
6. Pegawai awam yang memegang jawatan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, kecuali mendapat kelulusan daripada Ketua Setiausaha Negara. PERSEKUTUAN KESATUAN SEKERJA 1. Congress of Unions of Employees in Public and Civil Services ( CUEPACS). 2. Congress of Unions in Teaching Profession
3. Sarawak Wharf Labourers Unions Federation.
4. Federation of Unions of Textile and Garment Industry Workers 5. Peersekutuan Kesatuan Pekerja-pekerja Bank dan Institusi- institusi Kewangan. BADAN PERUNDING a) Dalam Negara i) Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) b) Luar Negara : i) Public Services International ii) International Transport Workers Federation iii) International Metal Workers Federation iv) International Federation of Petroleum Workers v) International Federation of Building and Wood Workers. KESATUAN SEKERJA / ANGGOTA MENGIKUT SEKTOR PADA 31 MEI 2003 SEKTOR BILANGAN BILANGAN KESATUAN AHLI SWASTA 375 440,009
KERAJAAN 128 297,868
PIHAK BERKUASA BERKANUN/PIHAK 85 69,171 BERKUASA TEMPATAN
KESATUAN MAJIKAN 14 542 602 807,590 KESATUAN SEKERJA DI IPTA AWAM
GABUNGAN PRESIDEN DAN SETIAUSAHA KEHORMAT KESATUAN KAKITANGAN IPTA MALAYSIA (GAKUM) KEANGGOTAAN (GAKUM) 1. 20 Universiti Awam
2. Seramai 25,000 kakitangan Universiti menjadi ahli kesatuan
3. Persidangan GAKUM diadakan dua kali setahun untuk membincangakan hal ehwal ahli serta hala tuju staf Universiti. PASUKAN PENGURUSAN SEKUMPULAN PEGAWAI YANG DILANTIK UNTUK MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI MENCAPAI OBJEKTIF ORGAISASI Mewakili Ahli-ahli dalam Pertikaian-pertikaian perusahaan dan mengambil tindakan perusahaan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah di antara pekerja dengan majikan berhubung dengan Terma dan syarat-syarat Pekerjaan. KESATUAN SEKERJA YANG CEMERLANG
- Pemimpin Yang Berkaliber dan Berwibawa - Mempunyai Wawasan dan Misi - Perancangan Jangkamasa Pendek dan Panjang Yang Berkesan OBJEKTIF KESATUAN SEKERJA 1. Mengaturkan perhubunggan yang baik dengan majikan dan pekerja. 2. Supaya keharmonian perusahaan dikekalkan dan juga perpaduan ummah 3. Meningkatkan Produktiviti. 4. Memelihara hak dan kepentingan pekerja melalui program- program pendidikan, ekonomi dan kebudayaan. 5. Dengan tujuan meningkatkan status Sosio ekonomi mereka. STRUKTUR ORGANISASI KESATUAN SEKERJA - Majlis Jawatankuasa Agong - Majlis Jawatankuasa Kerja - Jawatankuasa PERANAN PEMIMPIN - Menentukan arah tuju Organisasi - Mengujudkan perasaan kepunyaan dan komitment kepada organisasi perhubungan yang berkesan - Bimbingan SEJARAH PERTUBUHAN KESATUAN KAKITANGAN AM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Kesatuan Kakitangan Am Universiti Teknologi Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1987 dan mempunyai keahlian semasa itu seramai 154 orang yang terdiri daripada kakitangan sokongan dan Mesyuarat Agung yang pertama telah diadakan di Fakulti Alam Bina untuk pemilihan Majlis Jawatankuasa Kerja, seterusnya Kesatuan telah bergabung dengan Gabungan Majlis Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM). Kesatuan Kakitangan Am UTM adalah satu-satunya kesatuan yang telah ujud bagi menjaga kepentingan staf sokongan Universiti dan apa sahaja masaalah yang melibatkan staf Universiti kesatuan adalah tempat mereka merujuk, ini adalah tertakluk kepada Akta Kesatuan Sekerja 1959. Segala pertikaian hendaklah melalui Kesatuan menurut Aku Janji Bab C 1998. Presiden ialah - En. Yusoff bin Samion (1987 - 1994) Allahyarham En. Nazri bin Abd Rahman (1994 - 2001) En. Muhamad Arif bin Yahaya (2001 - 2002) Tuan Hj. Mudzakir bin Mohd Azib(2004-2007) Tuan Hj. Ansar bin Sidek (2007) En. Azman bin Hj. Samsuri (2008 - kini ) |