MATLAMAT/OBJEKTIF

MATLAMAT:

KESATUAN KAKITANGAN AM UTM ADALAH MENGIKUT AKTA KESATUAN SEKERJA 1959.

a) Mencapai matlamat supaya semua pekerja menjadi anggota
   kesatuan ini menurut syarat-syarat yang ditetapkan didalam
   peraturan 3(1) dan memajukan kepentingan ahli-ahlinya dalam
   perkara-perkara perhubungan perusahan, kemasyarakatan dalam
   pengetahuan.

b) Mengatur perhubungan diantara pekerja dengan majikan bagi
   maksud melaksanakan perhubungan perusahan yang baik dan
   menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian diantara
   mereka dengan aman dan bermuafakat.

c) Menyelesaikan apa jua pertikaian hak pekerja kepada majikan
    mengikut undang-undang Malaysia serta dalam Akta Kesatuan
    Sekerja 1959.

d) Memberikan bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan
    pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.

e) Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan yang halal oleh
    sesebuah kesatuan sekerja disisi undang-undang.

 

OBJEKTIF:

Memberi kesedaran kakitangan menjadi ahli kesatuan untuk bersama-sama memberikan sumbangan berterusan dan memperjuangkan hak-hak didalam undang-undang Malaysia