|
KEAHLIAN DAN YURAN KESATUAN 1. Keanggotaan kesatuan ini terbuka kepada semua kakitangan kumpulan sokongan 1 dan 2 yang bekerja dan digaji oleh Universiti Teknologi Malaysia, kecuali pekerja-pekerja yang digaji dalam jawatan Pengurusan, Eksekutif, Sulit dan keselamatan. Mereka ini hendaklah berumur lebih 16 tahun dan mempunyai tempat kerjanya di Semenanjung Malaysia dengan syarat seseorang yang masih diberi pelajaran menurut Akta Pelajaran 1961. 2. Seseorang ahli kesatuan yang belum mencapai umur 21 tidaklah boleh menjadi Pegawai atau Pemegang Amanah kesatuan. 3 Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang ditentukan oleh Kesatuan dan menyampaikannya kepada Setiausaha. Majlis Jawatankuasa Kerja boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan untuk menjadi ahli tanpa memberi sebarang alasan. 4. Apabila permohonan seseorang itu telah diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Kerja, yuran masuk dan yuran bulanan yang pertama telah jelaskan, maka namanya hendaklah didaftarkan dalam daftar Ahli/Yuran sebagai ahli. 5. Seseorang yang diterima masuk menjadi ahli dan kemudian berhenti dari pekerjaanya seperti ditentukan di dalam peraturan 3 (1) akan dengan sendirinya terhenti dari menjadi ahli Kesatuan . YURAN: 1. Yuran Kesatuan adalah seperti berikut: Yuran Masuk = RM3.00 Yuran Bulanan = RM2.00 Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada : En. Ayob b. Jabal Setiausaha D/a Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia Skudai, 81310 Johor. atau Tuan Hj. Jamaludin b. Lebam Pen. Bendahari D/a Kolej Sains & Teknologi Universiti Teknologi Malaysia City Campus, Jln Semarak 54100 Kuala Lumpur
|