TAHNIAH KEPADA TNC (HEMA) DI ATAS ANUGERAH PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG DARI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA PDF Print E-mail
Written by Mohdfarid Sarji   
Wednesday, 16 March 2011 01:17

 

Semua warga HEMA dan Universiti khususnya warga Pengakap (Kelana Siswa) UTM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah di atas penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang yang diterima oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin B. Hj. Ninggal, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) daripada Persekutuan Pengakap Malaysia sempena Hari Pengakap Malaysia 2011.

 

Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang ini telah diperkenan dan disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah kepada Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin B. Hj. Ninggal di Istana Melawati, Putrajaya pada 15 Mac 2011 (Selasa). 

 

Anugerah tersebut diberikan kepada Pemimpin-Pemimpin Pengakap Beruniform dan Ahli-Ahli Biasa dipelbagai peringkat jawatan sebagai menghargai perkhidmatan cemerlang mereka terhadap perkembangan dan kemajuan Pergerakan Pengakap Malaysia khususnya di tempat mereka bertugas.

 

Semoga anugerah ini akan menyemarakkan lagi aktiviti kepimpinan Pengakap (Kelana Siswa) di Universiti Teknologi Malaysia.

 

TAHNIAH juga diucapkan kepada Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin B. Hj. Ninggal di di atas perlantikan sebagai Pengerusi Majlis Pengakap Malaysia (Kelana Siswa) seluruh IPTA. 

 

SELURUH WARGA HEMA DAN UNIVERSITI KHUSUSNYA WARGA PENGAKAP (KELANA SISWA) UTM MERASA BANGGA DI ATAS PENGANUGERAHAN DAN PERLANTIKAN TERSEBUT.

SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN!

Last Updated on Wednesday, 30 March 2011 16:14