KOLEJ PERDANA ANJUR PROGRAM ACADEMIC SERVICE & TECHNOLOGY EXCHANGE DI CHINA PDF Print E-mail
Written by Mohdfarid Sarji   
Thursday, 16 December 2010 00:56

 

 

Program Lawatan Akademik dan Perkongsian Teknologi yang dikenali sebagai “ LASTECX’ 10 ” telah diadakan di Beijing, China pada 6 hingga 11 Disember 2010. Program yang dianjurkan di bawah Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Perdana,  Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru ini telah berlangsung dengan jayanya dan diketuai oleh Ravin Kumar yang merupakan pengarah bagi program ini. Seramai 11 orang mahasiswa daripada Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan, Mekanikal, Elektrikal dan Sains Komputer dipilih mengikuti rombongan ini dan diiringi oleh seorang pegawai pengiring iaitu En. Mohd Farid bin Sarji daripada Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membuka minda siswa dan siswi kolej terhadap perkembangan teknologi di dunia luar selaras dengan tema “KEMAJUAN TERCAPAI MELALUI PERKONGSIAN TEKNOLOGI”.


Kami menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Tianjin pada pukul 4.30 petang. Suhu di sana  pada waktu itu telah mencecah – 4 darjah celcius. Keadaan di sana amat berlainan dengan Malaysia kerana waktu malam adalah lebih panjang berbanding waktu siang. Lawatan ke Universiti Tsinghua dan Universiti Peking memberi banyak pengetahuan yang amat berguna kepada kami. Kami diberi penerangan tentang Universiti dan dibawa ke sekitar kawasan Universiti oleh wakil universiti masing-masing. Sesi soal jawab diantara Universiti diadakan dan segala maklumat yang diperolehi dicatat dan dijadikan sebagai rujukan. Teknologi yang ada di university Tsinghua dan universiti Peking dapat kami pelajari. Kami dapat membandingkan teknologi yang ada di UTM dan universiti di Beijing. Contoh teknologi yang terdapat di university di Beijing adalah Chinese Language Laser Phototypesetting System dan Microelectromechanical Systems (MEMS) yang merupakan aplikasi daripada teknologi intergrasi litar fabrikasi bagi penghasilan mikromekanikal, optic, elektrokemikal dan alat pengesan biosensor. Universiti Peking mempunyai 9 buah hospital dan digunakan sebagai hospital mengajar. Suasana di sana amat berbeza sekali. Basikal menjadi pengangkutan utama bagi mengelakkan pencemaran dan kesesakan jalan. Kawasan persekitaran di Universiti Peking cukup indah kerana ianya merupakan taman empayar pada masa dahulu.


Pada hari-hari yang berikutnya, kami telah membuat kajian tentang tempat-tempat bersejarah dan budaya mahasiswa di Beijing, China. Antara tempat-tempat yang bersejarah adalah Summer Palace, Tian’anmen Square dan Forbidden City. Kami juga menikmati keenakan teh cina dan kebaikannya di rumah teh, mempelajari pembuatan mutiara di Fresh Water Pearl Center dan pembuatan kain sutera di kedai sutera dan melawat Stadium Olimpik; the Bird’s Nest dan Water Cube. Kami juga berjaya menjejakkan kaki di Tembok Besar China. Tembok Besar China amat panjang iaitu kira-kira 7600 km merupakan kubu pertahanan ketenteraan zaman purba yang dibina pada zaman Dinasti Qing digelar ‘kubur terpanjang di dunia’ ramai yang mati ketika membinanya. Sebelum pulang, kami sempat mebeli- belah di Silk Market. Kami menaiki ‘Bullet Train” ke Tianjin yang bergerak selaju 350 km sejam. Program LATECX’ 10 ini memberi suatu pengalaman yang baru kami dan diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Last Updated on Wednesday, 30 March 2011 16:13