Perlantikan Semula Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin Bin Hj. Ninggal Sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni)
Written by Mohdfarid Sarji
Wednesday, 14 March 2012 00:48
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN PENGHARGAAN diucapkan kepada YANG BERBAHAGIA PROF. DATUK DR. MOHD TAJUDIN BIN HJ. NINGGAL di atas perlantikan semula sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) Universiti Teknologi Malaysia untuk tempoh 1 tahun berkuat kuasa mulai 16 Februari 2012 hingga 15 Februari 2013. Kami warga HEMA dan UTM mengucapkan tahniah di atas perlantikan semula ini dan berharap agar Y.Bhg. Datuk akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada Universiti.
Last Updated on Wednesday, 14 March 2012 00:55
Kempen Pendaftaran Pemilih Pilihanraya Peringkat UTM
Written by Mohdfarid Sarji
Wednesday, 20 April 2011 05:15
Last Updated on Wednesday, 20 April 2011 05:19
TAHNIAH KEPADA TNC (HEMA) DI ATAS ANUGERAH PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG DARI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
Written by Mohdfarid Sarji
Wednesday, 16 March 2011 01:17
Semua warga HEMA dan Universiti khususnya warga Pengakap (Kelana Siswa) UTM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah di atas penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang yang diterima oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin B. Hj. Ninggal, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) daripada Persekutuan Pengakap Malaysia sempena Hari Pengakap Malaysia 2011.
Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang ini telah diperkenan dan disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah kepada Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin B. Hj. Ninggal di Istana Melawati, Putrajaya pada 15 Mac 2011 (Selasa).