|
Maklumat Mengenai Mikro Kredit Mahasiswa UTM?
Borang Permohonan Mikro Kredit Mahasiswa UTM.
 Pada masa ini terdapat sebanyak 20 IPTA dan lebih 300 kolej milik kerajaan dan swasta yang melatih lebih daripada 740 000 pelajar pada satu-satu masa.
Setiap tahun dianggarkan seramai 70 ribu hingga 100 ribu daripada mereka memasuki dunia pekerjaan. Ketika ini sector kerajaan hanya mampu manawarkan 1.4 juta peluang pekerjaan pasa satu-satu masa manakala selebihnya terdiri daripada sector swasta.
Mengambil fenomena ekonomi semasa jelas sektor pekerjaan ‘makan gaji’ di negara ini telah mencapai situasi hampir tepu. Oleh itu industri pekerjaan masa depan perlu dicipta oleh bidang keusahawanan. Sehubungan dengan itu pihak hal ehwal pelajar mengambil langkah awal dengan menubuh kan kelab keusahawanan untuk melahirkan minat berniaga dikalagan mahasiswa sejak dari mula lagi. Objektif penubuhan kelab usahawan adalah untuk memupuk budaya dan pemikiran bisnes dikalangan mahasiswa IPTA untuk menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, menyediakan platform kepada pelajar untuk meneroka peluang bisnes melalui program-program yang diadakan dan meningkatkan prestasi pengurusan universiti melalui budaya korporat perniagaan.
|
|
Last Updated on Thursday, 29 November 2012 02:40 |