Entrepreneurship news PDF Print E-mail

 

Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (ISKEN) telah mengadakan Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS Bil : 1/09) di D’Village Resort, Air Keroh, Melaka bermula pada 10 April 2009 dan berakhir pada 14 April 2009.

 

Program ini adalah merupakan satu program yang dirancang oleh ISKEN sebagai program sokongan kepada Program Skim Usahawan Siswazah (SUS) yang telah dimulakan sejak tahun 1998. Tujuan utama program KAKS ialah memberi pendedahan kepada siswa siswi dalam bidang keusahawanan dan perniagaan untuk menggalakkan siswa siswi yang menyertai program ini akan menceburi bidang perniagaan sebagai kerjaya alternatif.

 

Objektif KAKS kali kedua ini adalah untuk menerapkan Budaya Keusahawanan kepada mahasiswa/i dan memberi pendedahan dalam bidang keusahawanan. Seramai 117 peserta dari UTM Skudai dan UTM KL telah menyertai program KAKS Bil. 1/2009 ini.

 

Last Updated on Wednesday, 14 October 2009 19:22