Pusat Kesihatan Universiti :: Jadual Perkhidmatan
Jadual Perkhidmatan   Print 

Mulai 2005 jadual klinik perubatan telah dilanjutkan hingga jam 10 malam. Ia juga dibuka setiap Hari Sabtu dari 9 pagi hingga 1 petang sejak Sabtu diistihar sebagai cuti. Perubahan ini bertujuan memberikan lebih kesempatan kepada pelajar yang memerlukan perkhidmatan. Ia juga telah membantu mengurangkan beban staf oncall.

 

Terdapat beberapa kemudahan utama yang terdapat di Pusat Kesihatan Universiti iaitu:

 

  1. Klinik Pesakit Luar
  2. Makmal Perubatan
  3. Asrama Sementara
  4. Ambulan
  5. Klinik Pergigian
  6. Kecemasan dan on call
  7. Radiologi/ X Ray
  8. Promosi Kesihatan
  9. Lain-lain

 

 

Jadual Klinik Pesakit Luar Perubatan 

 

HARI

MINGGU AKADEMIK

CUTI SEMESTER

Isnin-Jumaat

8.00 pagi – 10.00 malam

8.00 pagi – 5.00 petang

Sabtu

9.00 pagi – 1.00 petang

9.00 pagi – 1.00 petang

Ahad/ Cuti Umum

TUTUP

TUTUP

 

Catatan:

  • Klinik terus dibuka waktu makan tengahari.
  • Makmal dan X-ray hanya dibuka pada waktu pejabat biasa.
  • Klinik Kanak-Kanak dan Imunisasi dibuka pada setiap Hari Rabu.
  • Klinik Kesihatan Ibu dibuka pada setiap Hari Khamis.

Makmal Perubatan

Kemudahan perkhidmatan makmal perubatan juga turut disediakan oleh pihak universiti di Pusat Kesihatan UTM. Fungsi utama perkhidmatan makmal perubatan adalah untuk membantu menentukan diagnosa dan menilai tahap masalah pesakit. Kemudahan makmal perubatan ini merupakan kemudahan diagnostik perubatan.

Makmal perubatan ini dikendalikan oleh dua orang juruteknologi dan seorang atendan kesihatan. Fungsi makmal perubatan ini penting dalam menyokong fungsi keseluruhan Pusat Kesihatan UTM. Terdapat beberapa kategori ujian penyakit yang dapat dilakukan iaitu ujian hematologi, imunologi,  biokimia, mikrobiologi dan parasitologi. Selain daripada itu juga makmal perubatan ini mampu menjalankan ujian untuk tujuan screening G6PD dan hepatitis B bagi tujuan profilaksis. Peranan makmal perubatan ini penting berikutan dengan penambahan jumlah kehadiran pesakit untuk membuat ujian makmal dari tahun ke tahun. Ini kerana terdapat beberapa jenis peralatan terkini dan berkemampuan untuk menganalisa data ujian hematologi, mikrobiologi, immunologi dan mikrobiologi di makmal perubatan.

 

Jadual Perkhidmatan Makmal Perubatan

HARI

MASA

Isnin - Jumaat

8.00 pagi – 5.00 petang

Sabtu dan Ahad

TUTUP

Catatan:

  • Makmal perubatan ditutup waktu makan tengahari

Radiologi/ X Ray 

Pusat Kesihatan UTM telah berjaya meningkatkan dan menambahkan lagi keupayaan pengdiagnosan masalah pesakit dengan wujudnya kemudahan perkhidmatan x-ray disini. Kemudahan ini berfungsi untuk menyediakan kemudahan pemeriksaan x-ray bagi kes-kes perubatan yang memerlukannya seperti kes kemalangan, patah tulang, dan kecederaan dalaman. Kemudahan x-ray ini boleh digunakan bagi kes-kes yang konvensional dan tidak kritikal. Ini memudahkan dan mempercepatkan lagi penentuan tahap masalah pesakit tanpa perlu dirujuk ke hospital. Walaubagaimanapun, bagi kes-kes yang kritikal, rujukan ke hopital perlu dibuat.

 

Jadual Perkhidmatan Radiologi/ X Ray

HARI

MASA

Isnin - Jumaat

8.00 pagi – 5.00 petang

Sabtu dan Ahad

TUTUP

Catatan:

  • Unit radiologi ditutup waktu makan tengahari

 

Jadual Pesakit Luar Pergigian

HARI

MASA

Isnin – Jumaat (Kecuali Selasa)

8.00 pagi – 5.00 petang

Selasa

8.00 pagi – 1.00 petang

Sabtu (Minggu Pertama & Ketiga)

9.00 pagi – 1.00 petang

Ahad / Cuti Umum

Tutup

Catatan:

  • Klinik Hari Isnin hingga Jumaat semasa minggu akademik hanya untuk  pelajar.  Ia dibuka kepada staf semasa cuti semester.
  • Klinik Hari Sabtu dibuka kepada staf, tanggungan staf dan tanggungan pelajar.

Untuk maklumat terperinci, pelajar atau staf boleh merujuk kepada:

Samb: 37221/ talian terus : 07-5537221(Klinik Pergigian)

 

Perkhidmatan Kecemasan 

Kes kecemasan selepas waktu klinik akan dikendalikan oleh staf oncall yang sentiasa bersedia di rumah oncall berdekatan klinik. Kes-kes yang dikendalikan adalah seperti berikut:

 

·               Kecederaan dan kemalangan

·               Kesakitan teramat sangat

·               Demam tinggi (>38C)

·               Kesukaran bernafas

·               Pendarahan

·               Tidak sedarkan diri

·               Keadaan pesakit mengganggu kententeraman orang lain

·               Keadaan pesakit membahayakan diri atau orang lain.

 

Talian rawatan kecemasan:

Samb: 30999/ talian terus : 07-5530999

 

 

Senarai Nama Hospital Di Johor Untuk Dihubungi

Bil Negeri Nama Hospital & Alamat No. untuk dihubungi Bil. Katil
1 Hospital Batu Pahat
Jalan Kurma,
Tmn Soga,
83000 Batu Pahat
No. Telefon : 07-4341999/4340654
No. Fax : 07-4322544

314
2 Hospital Kluang
Jalan Hospital
86000 Kluang
No. Telefon : 07-7723333
No. Fax : 07-7734498

244
3 Hospital Kota Tinggi
Jalan Lombong
81900 Kota Tinggi
No. Telefon : 07-8831131
No. Fax : 07-8831333

158
4 Hospital Mersing
Jalan Ismail
86800 Mersing
No. Telefon : 07-7993333
No. Fax : 07-7994200

55
5 Hospital Pakar Sultanah Fatimah,
Jalan Salleh
84000 Muar
No. Telefon : 06-8521901
No. Fax : 06-9526003

405
6 Hospital Permai
Jalan Tampoi
81200 Johor Bahru
No. Telefon : 07-2373333
No. Fax : 07-2371396

1400
7 Hospital Pontian
Jalan Alsagoff
82000 Pontian
No. Telefon : 07-6876211
No. Fax : 07-6874533

120
8 Hospital Segamat
KM 6, Jalan Genuang
85000 Segamat
No. Telefon : 07-9433333
No. Fax : 07-9434641

221
9 Hospital Sultanah Aminah
80100 Johor Bahru
No. Telefon : 07-2822344/2231666
No. Fax : 07-2841590

989
10 Hospital Tangkak
Jalan Hospital
84900 Tangkak
No. Telefon : 07-9781206
No. Fax : 07-9783654/9786521

69

Sumber : Unit Sistem Maklumat & Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Pembangunan

 

Last Updated ( Monday, 27 November 2006 )
Close Window