Laman Utama arrow Skim Perkhidmatan/Prosidur

Skim Perkhidmatan/Prosidur   PDF  Print  E-mail

 

Skim perkhidmatan ini adalah pindaan pada tahun 2005

 

     Skim kesihatan merupakan satu kemudahan dan perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada pemegang skim yang layak oleh Pihak Universiti. Pusat Kesihatan UTM telah menawarkan beberapa kategori skim kesihatan kepada warga universiti mengikut kelayakan. Skim ini meliputi kemudahan perkhidmatan kepada kakitangan dan pelajar universiti. Skim ini bertujuan untuk memberikan kemudahan perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan serta bayaran kepada pemegang skim. Skim ini terbahagi kepada empat kategori iaitu :

 

a)      Skim Kesihatan Kakitangan.

b)      Skim Kesihatan Pelajar.

c)      Skim Kesihatan Keluarga Pelajar.

d)      Skim Kesihatan Jangka Pendek Berkumpulan.

 

 

Pusat Kesihatan UTM juga telah menyediakan satu garispanduan peraturan perkhidmatan yang ditawarkan. Garispanduan peraturan ini menerangkan mengenai peraturan-peraturan am perkhidmatan dan rawatan. Ia meliputi perkara-perkara seperti skop kelayakan penerimaan kemudahan, jadual perkhidmatan , kemudahan yang disediakan dan kadar bayaran perkhidmatan.

 

Definisi

 

Dalam skim ini:

 

1.   Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar bermakna kemudahan dan perkhidmatan kesihatan, perubatan dan pergigian pelajar.

 

2.   Universiti bermakna Universiti Teknologi Malaysia.

 

3.   Pelajar bermakna mereka yang telah menyempurnakan pendaftaran kursus di Universiti ini.

 

4.   Calon Luar bermakna pelajar yang hanya mengambil peperiksaan akhir bagi satu matapelajaran yang mana beliau gagal peperiksaan khas semester akhir sebelumnya.

 

5.   Semester bermakna tempoh bermula dari hari pertama Semester Julai atau Disember sehari sebelum bermulanya semester berikutnya.

 

6.   Pusat Kesihatan Universiti bermakna unit yang mengendalikan dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perubatan, pergigian dan kesihatan Universiti.

 

7.   Klinik Pesakit Luar bermakna perkhidmatan rawatan  pesakit luar perubatan dan pergigian.

 

8.   Hospital Kerajaan bermakna sebarang hospital Kerajaan termasuk mana-mana hospital universiti di Malaysia, klinik-klinik Kerajaan dan Institut Jantung Negara.

 

9.   Hospital Swasta bermakna sebarang hospital atau klinik yang tidak termasuk dalam tafsiran hospital Kerajaan.

 

10.  Klinik Panel bermakna klinik swasta yang dilantik oleh Universiti bagi memberi perkhidmatan perubatan kepada pelajar atau staf Universiti.

 

11.  Doktor Universiti bermakna Pegawai Kesihatan atau Pegawai Perubatan atau Pegawai Pergigian yang bertauliah dan berdaftar dengan Kerajaan Malaysia yang dilantik oleh Universiti untuk berkhidmat dengan Universiti ini.

 

12.  Pegawai Hal Ehwal Pelajar bermakna Pegawai Tadbir di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berkhidmat di Pejabat Hal Ehwal Pelajar.

 

13.  Doktor Kerajaan bermakna Doktor Perubatan atau Pergigian yang berdaftar dan berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.

 

14.  Doktor Swasta bermakna Doktor Perubatan atau Pergigian berdaftar yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.

 

15.  Tahun Akademik bermakna tempoh bermula dari hari pertama pendaftaran kursus sesuatu sesi sehingga tamat hari terakhir cuti hujung sesi tersebut.

 

16.  Kes Kecemasan bermakna sebarang kes yang berkaitan dengan kecederaan dan kemalangan, kesakitan yang teramat sangat, demam yang tinggi (melebihi 38’C), kesukaran untuk bernafas, pendarahan, tidak sedarkan diri dan keadaan pesakit menganggu ketenteraman orang lain atau  membahayakan dirinya atau orang lain.

 

17.  Skim Perkhidmatan  Kesihatan Keluarga Pelajar bermakna perkhidmatan dan kemudahan kesihatan dan perubatan bagi keluarga pelajar kecuali perkhidmatan pergigian.

 

18.  Keluarga Pelajar bermakna bagi pelajar lelaki, isteri dan anak-anaknya; bagi pelajar perempuan, suami dan anak-anaknya. Anak-anak yang berkelayakan  ialah  anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pelajar dan berumur di bawah 21 tahun.

 

19.  Staf bermakna staf yang dilantik dalam perkhidmatan Universiti samada bertaraf tetap, sementara, kontrak atau pinjaman.

 

20.  Tanggungan Staf bermakna bagi staf lelaki, isteri dan anak-anaknya; bagi staf perempuan, suami dan anak-anaknya, dan ibubapanya, termasuk ibubapa tirinya.

 

21.  Anak Staf bermakna anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh staf dan berumur di bawah 21 tahun, atau yang masih menuntut diperingkat ijazah pertama, dan belum berkahwin; termasuk juga anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang atau adat.

 

22.  Pesara bermakna bekas staf yang telah bersara daripada perkhidmatan Universiti.

 

23.  Tanggungan pesara bermakna bagi pesara lelaki, isteri dan anak-anaknya; bagi pesara perempuan, suami dan anak-anaknya.

 

24.  Ubat-ubat Di Bawah Senarai Pakar bermakna ubat-ubatan sepertimana yang disenaraikan di bawah kumpulan ‘Specialist Index’ Kementerian Kesihatan  Malaysia.

 

25.  Skim Perkhidmatan Kesihatan Berkelompok bermakna perkhidmatan dan kemudahan kesihatan kecuali pergigian yang diberikan kepada kumpulan yang berada dalam kampus Universiti dalam tempoh jangka pendek.

 

26.  Urusetia bermakna pihak yang menganjurkan atau menguruskan kumpulan berkaitan perkara 24.

 

27. Orang Luar bermakna mereka yang tidak terlibat dengan Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar, Staf, Tanggungan Pelajar atau Jangka Pendek Berkumpulan.

 

Last Updated ( Monday, 27 November 2006 )