|
Mulai 2005 jadual klinik perubatan telah dilanjutkan hingga jam 10 malam. Ia juga dibuka setiap Hari Sabtu dari 9 pagi hingga 1 petang sejak Sabtu diistihar sebagai cuti. Perubahan ini bertujuan memberikan lebih kesempatan kepada pelajar yang memerlukan perkhidmatan. Ia juga telah membantu mengurangkan beban staf oncall.
Terdapat beberapa kemudahan utama yang terdapat di Pusat Kesihatan Universiti iaitu:
-
Klinik Pesakit Luar
-
Makmal Perubatan
-
Asrama Sementara
-
Ambulan
-
Klinik Pergigian
-
Kecemasan dan on call
-
Radiologi/ X Ray
-
Promosi Kesihatan
-
Lain-lain

Jadual Klinik Pesakit Luar Perubatan
| HARI |
MINGGU AKADEMIK |
CUTI SEMESTER |
| Isnin-Jumaat |
8.00 pagi – 10.00 malam |
8.00 pagi – 5.00 petang |
| Sabtu |
9.00 pagi – 1.00 petang |
9.00 pagi – 1.00 petang |
| Ahad/ Cuti Umum |
TUTUP |
TUTUP |
Catatan:
- Klinik terus dibuka waktu makan tengahari.
- Makmal dan X-ray hanya dibuka pada waktu pejabat biasa.
- Klinik Kanak-Kanak dan Imunisasi dibuka pada setiap Hari Rabu.
- Klinik Kesihatan Ibu dibuka pada setiap Hari Khamis.
Makmal Perubatan
Kemudahan perkhidmatan makmal perubatan juga turut disediakan oleh pihak universiti di Pusat Kesihatan UTM. Fungsi utama perkhidmatan makmal perubatan adalah untuk membantu menentukan diagnosa dan menilai tahap masalah pesakit. Kemudahan makmal perubatan ini merupakan kemudahan diagnostik perubatan.
Makmal perubatan ini dikendalikan oleh dua orang juruteknologi dan seorang atendan kesihatan. Fungsi makmal perubatan ini penting dalam menyokong fungsi keseluruhan Pusat Kesihatan UTM. Terdapat beberapa kategori ujian penyakit yang dapat dilakukan iaitu ujian hematologi, imunologi, biokimia, mikrobiologi dan parasitologi. Selain daripada itu juga makmal perubatan ini mampu menjalankan ujian untuk tujuan screening G6PD dan hepatitis B bagi tujuan profilaksis. Peranan makmal perubatan ini penting berikutan dengan penambahan jumlah kehadiran pesakit untuk membuat ujian makmal dari tahun ke tahun. Ini kerana terdapat beberapa jenis peralatan terkini dan berkemampuan untuk menganalisa data ujian hematologi, mikrobiologi, immunologi dan mikrobiologi di makmal perubatan.
Jadual Perkhidmatan Makmal Perubatan
|
HARI |
MASA |
|
Isnin - Jumaat |
8.00 pagi – 5.00 petang |
|
Sabtu dan Ahad |
TUTUP |
Catatan:
- Makmal perubatan ditutup waktu makan tengahari
Radiologi/ X Ray
Pusat Kesihatan UTM telah berjaya meningkatkan dan menambahkan lagi keupayaan pengdiagnosan masalah pesakit dengan wujudnya kemudahan perkhidmatan x-ray disini. Kemudahan ini berfungsi untuk menyediakan kemudahan pemeriksaan x-ray bagi kes-kes perubatan yang memerlukannya seperti kes kemalangan, patah tulang, dan kecederaan dalaman. Kemudahan x-ray ini boleh digunakan bagi kes-kes yang konvensional dan tidak kritikal. Ini memudahkan dan mempercepatkan lagi penentuan tahap masalah pesakit tanpa perlu dirujuk ke hospital. Walaubagaimanapun, bagi kes-kes yang kritikal, rujukan ke hopital perlu dibuat.
Jadual Perkhidmatan Radiologi/ X Ray
|
HARI |
MASA |
|
Isnin - Jumaat |
8.00 pagi – 5.00 petang |
|
Sabtu dan Ahad |
TUTUP |
Catatan:
- Unit radiologi ditutup waktu makan tengahari
Jadual Pesakit Luar Pergigian
|
HARI |
MASA |
|
Isnin – Jumaat (Kecuali Selasa) |
8.00 pagi – 5.00 petang |
|
Selasa |
8.00 pagi – 1.00 petang |
|
Sabtu (Minggu Pertama & Ketiga) |
9.00 pagi – 1.00 petang |
|
Ahad / Cuti Umum |
Tutup |
Catatan:
- Klinik Hari Isnin hingga Jumaat semasa minggu akademik hanya untuk pelajar. Ia dibuka kepada staf semasa cuti semester.
- Klinik Hari Sabtu dibuka kepada staf, tanggungan staf dan tanggungan pelajar.
Untuk maklumat terperinci, pelajar atau staf boleh merujuk kepada:
Samb: 37221/ talian terus : 07-5537221(Klinik Pergigian)
Perkhidmatan Kecemasan
Kes kecemasan selepas waktu klinik akan dikendalikan oleh staf oncall yang sentiasa bersedia di rumah oncall berdekatan klinik. Kes-kes yang dikendalikan adalah seperti berikut:
· Kecederaan dan kemalangan
· Kesakitan teramat sangat
· Demam tinggi (>38C)
· Kesukaran bernafas
· Pendarahan
· Tidak sedarkan diri
· Keadaan pesakit mengganggu kententeraman orang lain
· Keadaan pesakit membahayakan diri atau orang lain.
Talian rawatan kecemasan:
Samb: 30999/ talian terus : 07-5530999
Senarai Nama Hospital Di Johor Untuk Dihubungi
| Bil |
Negeri |
Nama Hospital & Alamat |
No. untuk dihubungi |
Bil. Katil |
| 1 |
|
Hospital Batu Pahat Jalan Kurma, Tmn Soga, 83000 Batu Pahat |
No. Telefon : 07-4341999/4340654 No. Fax : 07-4322544
|
314 |
| 2 |
|
Hospital Kluang Jalan Hospital 86000 Kluang |
No. Telefon : 07-7723333 No. Fax : 07-7734498
|
244 |
| 3 |
|
Hospital Kota Tinggi Jalan Lombong 81900 Kota Tinggi |
No. Telefon : 07-8831131 No. Fax : 07-8831333
|
158 |
| 4 |
|
Hospital Mersing Jalan Ismail 86800 Mersing |
No. Telefon : 07-7993333 No. Fax : 07-7994200
|
55 |
| 5 |
|
Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jalan Salleh 84000 Muar |
No. Telefon : 06-8521901 No. Fax : 06-9526003
|
405 |
| 6 |
|
Hospital Permai Jalan Tampoi 81200 Johor Bahru |
No. Telefon : 07-2373333 No. Fax : 07-2371396
|
1400 |
| 7 |
|
Hospital Pontian Jalan Alsagoff 82000 Pontian |
No. Telefon : 07-6876211 No. Fax : 07-6874533
|
120 |
| 8 |
|
Hospital Segamat KM 6, Jalan Genuang 85000 Segamat |
No. Telefon : 07-9433333 No. Fax : 07-9434641
|
221 |
| 9 |
|
Hospital Sultanah Aminah 80100 Johor Bahru |
No. Telefon : 07-2822344/2231666 No. Fax : 07-2841590
|
989 |
| 10 |
|
Hospital Tangkak Jalan Hospital 84900 Tangkak |
No. Telefon : 07-9781206 No. Fax : 07-9783654/9786521
|
69 |
| Sumber : Unit Sistem Maklumat & Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Pembangunan |
|