Laman Utama arrow Pengenalan

Pengenalan   PDF  Print  E-mail

 

Latar Belakang Pusat Kesihatan

 

Pusat Kesihatan UTM ditubuhkan pada tahun 1972 bertujuan untuk menyediakan kemudahan rawatan perubatan dan kesihatan bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan masyarakat di Universiti dan sekitarnya. Unit ini dikendalikan oleh empat orang doktor perubatan, seorang doktor pergigian dan beberapa staf sokongan lain dan dibantu oleh staf klinikal yang terlatih.

Di awal penubuhannya pada tahun 1975 unit ini dikendalikan oleh seorang doktor dan beberapa orang pembantu. Pada tahun 2005 terdapat 3 doktor perubatan dan 1 doktor pergigian. Masih terdapat kekosongan 2 jawatan doktor perubatan dan 2 doktor pergigian yang belum dapat diisi. Dasar perkhidmatan doktor sambilan yang dimulakan oleh unit ini sejak 1995 telah dapat mengatasi masalah kekurangan doktor. Terdapat 5 doktor perubatan dan 1 doktor pergigian sambilan di Kampus Skudai dan 1 doktor perubatan di City Campus. Mereka dibantu oleh staf klinikal yang terlatih serta staf sokongan yang lain.  

Mulai September 1993, Universiti telah secara rasminya mengiktiraf Pusat Kesihatan UTM sebagai sebuah klinik panel untuk kakitangan. Di bawah peraturan ini semua kakitangan universiti boleh mendapatkan kemudahan di Pusat Kesihatan UTM. Selain daripada itu juga Pusat Kesihatan UTM juga memberikan kemudahan perkhidmatan berbayar kepada orang luar seperti keluarga pelajar, pekerja swasta dalam universiti dan pelawat universiti.

 

 

Matlamat

Matlamat unit ini adalah untuk mengujudkan masyarakat universiti yang sihat fizikal, mental dan sosial. Selain dari rawatan perubatan dan pergigian, unit ini juga terlibat secara langsung atau tak langsung dalam kawalan penyakit serta promosi kesihatan masyarakat kampus.

Objektif

a)       Memberikan rawatan perubatan dan pergigian yang berkualiti dan    

       berkesan untuk pelajar dan masyarakat UTM

b)      Menyediakan kawalan penyakit berjangkit yang efektif di kampus UTM

c)       Membantu mengujudkan masyarakat universiti dan sekitar yang sihat fizikal,

         mental dan sosial.

 

 Pegawai untuk dihubungi:

 

1. PENGARAH

    Dr. Ismail Ahmed

    Tel : 07-5537222

    Emel : drismail@utm.my  

 

2. PEGAWAI PERUBATAN

    Dr. Zaleha Nasir

    Tel: 07-5537225

    Emel : drzaleha@utm.my

 

3. PEGAWAI PERGIGIAN

    Dr. Nor’Ashikin Sharif

    No. Tel : 07-5537220

    Emel : drshikin@utm.my

 

4. PEGAWAI PERUBATAN

    Dr. Zuraidah Bt Mohamed

    Tel: 07-5537213

    Emel : -

 

5. PEGAWAI PERUBATAN

    Dr. Yusoff B Omar

    Tel: 07-5537211

    Emel : -

 

6. PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT

    Ahmad Riza'ain bin Yusoff

    No. Tel : 07-5532588

    Emel : rizaain@utm.my

 

7. KETUA JURURAWAT

   Abrizah Bt Abdul Rahim

   No. Tel: 07-5537229

   Email: abrizah@utm.my

 

 

Last Updated ( Monday, 28 April 2008 )