PENGAMBILAN IJAZAH/DIPLOMA PDF Print E-mail


Graduan akan dimaklumkan berkenaan pengambilan ijazah/diploma sebelum perarakan masuk ke dalam dewan.

Pengambilan ijazah/diploma di kaunter. Sila bawa dan kembalikan perkara tersebut di bawah:
(Hanya terpakai kepada graduan sepenuh masa dan separuh masa sahaja)

  • Kembalikan pakaian konvokesyen UTM di Stor Jubah.

  • Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan (jika diperlukan)

  • Bawa Kad Pengenalan/Mykad/Passpot/Kad Matrik (tanpa dokumen tersebut ijazah/diploma tidak akan diserahkan kepada garduan)

  • Serahkan slip pengesahan pemulangan pakaian konvokesyen

  • Serahkan salinan slip bayaran bank (jika diperlukan)

 

Kebenaran wakil mengambil ijazah/diploma di kaunter. Sila patuhi perkara berikut :
(Hanya terpakai kepada graduan sepenuh masa dan separuh masa sahaja)

  • Isikan Borang Kebenaran Wakil Mengambil Ijazah/Diploma bagi pihak Graduan - Borang K1
  • Sertakan sesalinan Kad Pengenalan /MyKad/Passpot graduan

  • Serahkan Kad Pengenalan /MyKad/Passpot wakil

  • Serahkan Slip Pengesahan Pemulangan Pakaian Konvokesyen UTM

  • Serahkan Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan (jika diperlukan)

  • Serahkan salinan slip bayaran bank (jika diperlukan)


** Nota :


Tanpa Borang K1 dan sesalinan
Kad Pengenalan /MyKad/Passpot graduan serta slip pengesahan Kajian Pengesanan Graduan, ijazah/diploma tidak akan diserahkan kepada wakil.

Ijazah/diploma boleh diposkan dengan mematuhi perkara berikut:
(Hanya terpakai kepada graduan sepenuh masa dan separuh masa sahaja)

  • Isikan Borang Kebenaran Mengepos Ijazah/Diploma - Borang K2
  • Borang Kebenaran Mengepos Ijazah/Diploma hendaklah dihantar ke Pejabat Pendaftar (Bahagian Pengurusan Akademik), UTM Johor selepas satu (1) minggu Majlis Konvokesyen selesai.

  • Bagi Graduan Perdana:

    1. Kos pengeposan ditanggung oleh graduan sebanyak RM10.00. Bayaran hendaklah dibuat atas nama 'Bendahari UTM' dengan menggunakan Wang Pos atau Kiriman Wang Pos.

    2. Kembalikan Borang K2  ke Pejabat Pendaftar (Bahagian Pengurusan Akademik), UTM, Johor.

  • Bagi Graduan SPACE:

    1. Kos pengeposan ditanggung oleh graduan sebanyak RM10.00. Bayaran hendaklah dibuat atas nama 'SPACE UTM' dengan menggunakan Wang Pos atau Kiriman Wang Pos.

    2. Kembalikan Borang K2 ke Pejabat SPACE UTM, Skudai.

  • Serahkan Slip Pengesahan Kajian Pengesanan graduan.

 

Graduan yang tidak menghadiri majlis konvokesyen juga akan dikenakan bayaran konvokesyen yang sama seperti graduan lain semasa hendak mengambil ijazah/diploma masing-masing sebagaimana yang tercatat di surat jemputan.

Ijazah/diploma yang tidak dituntut akan terus disimpan oleh pihak Universiti. Walaubagaimanapun, pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan/kehilangan dan sebagainya ke atas ijazah/diploma tersebut.

 

Penahanan Sijil Diploma/Ijazah


 


Ijazah/Diploma tidak akan dikeluarkan sekiranya graduan masih:

  • Tidak menjelaskan bayaran konvokesyen: atau

  • Belum memulangkan pakaian konvokesyen UTM; atau

  • Belum menjelaskan yuran pengajian atau sebarang tunggakan dengan pihak Universiti; atau

  • Belum memulangkan barang-barang atau alatan lain yang dipinjam dari mana-mana Bahagian di Unversiti; atau

  • Belum mengisi Borang Kajian Pengesanan Graduan IPTA


Sekiranya bayaran atau penyerahan sudah dibuat,
sila bawa resit atau bukti serahan.

Last Updated on Monday, 01 April 2013 08:42