PENDAFTARAN GRADUAN PDF Print E-mail

Pendaftaran



Tempat:

  • Ruang Legar, Aras Satu, Bangunan Persatuan Pelajar, UTM Johor Bahru, Johor


Maklumat yang perlu dibawa:

  • Surat jemputan graduan
  • Kad Pengenalan/MyKad/Passpot graduan


Syarat Penyertaan

  • Tanpa surat jemputan majlis konvokesyen/Kad Pengenalan/MyKad/Passpot graduan tidak dibenarkan mendaftar untuk menyertai majlis tersebut.

  • Graduan yang hadir lewat atau tidak mematuhi peraturan pakaian menghadiri Majlis Konvokesyen semasa hari pendaftaran sebagaimana yang telah ditetapkan tidak akan dibenarkan menyertai majlis tersebut.

  • Universiti berhak menahan atau melarang graduan yang tidak mendaftar daripada menyertai Majlis Konvokesyen.

 

Kad Barisan


Kad Barisan (Slide Card) yang mengandungi nombor giliran/susunan barisan akan diberikan kepada graduan semasa pendaftaran konvokesyen bagi tujuan memudahkan graduan berbaris mengikut giliran. Sila ikut arahan yang diberikan oleh pegawai dan staf yang bertugas.

Perbarisan graduan adalah di ruang pejalan kaki di antara Bangunan Persatuan Pelajar (SUB) dengan Bangunan Pentadbiran mengikut program dan nombor giliran yang telah diberikan.

 

Kad Masuk


Seorang graduan akan diberi dua (2) keping kad masuk untuk dua (2) orang ibu bapa/tetamu. Kad masuk ini ada disertakan bersama set jemputan yang diposkan.

Ibu bapa/tetamu adalah diminta supaya mengambil tempat duduk di dalam dewan sebelum jam 7.15 pagi (sesi pagi) dan jam 1.30 petang (sesi petang).

Ibu bapa/tetamu adalah dinasihatkan supaya bersarapan pagi atau makan tengahari serta solat terlebih dahulu sebelum menghadiri majlis tersebut. Majlis dijangkakan mengambil masa yang agak lama.

Ibu bapa/tetamu adalah diminta supaya mengambil tempat duduk di dalam dewan sebelum jam 7.15 pagi (sesi pagi) dan jam 1.30 petang (sesi petang).

Ibu bapa/tetamu adalah dinasihatkan supaya bersarapan pagi atau makan tengahari serta solat terlebih dahulu sebelum menghadiri majlis tersebut. Majlis dijangkakan mengambil masa yang agak lama.

Ibu bapa/tetamu hendaklah berpakaian rasmi seperti berikut:

a) Pakaian tetamu lelaki

  • Kebangsaan atau
  • Batik atau
  • 'Lounge Suit' atau
  • Pakaian rasmi yang sesuai (seluar jeans dan kemeja-T tidak dibenarkan)


b) Pakaian tetamu wanita

  • Kebangsaan atau
  • Pakaian rasmi atau pakaian sopan (pakaian gaun atau 'skirt' yang tidak melebihi paras lutut ['skirt' pendek], 'blouse' tanpa lengan, kemeja-T dan seluar jeans adalah dilarang)


Semasa majlis sedang berlangsung ibu bapa/tetamu diminta menghormati majlis dengan tidak membuat bising. Ibu bapa/tetamu juga dilarang meninggalkan dewan semasa majlis konvokesyen sedang berlangsung.

Ibu bapa/tetamu yang tidak membawa kad ini tidak akan dibenarkan masuk ke dewan.

Tetamu yang berumur di bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dewan.



Pelekat Kenderaan


Graduan diberi satu (1) keping pelekat kenderaan (disertakan bersama kad masuk ibu bapa/tetamu).
Graduan dikehendaki melekatkan pelekat kenderaan yang telah diberikan di cermin hadapan kenderaan semasa Hari Raptai dan Konvokesyen. Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat kenderaan sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan kampus.

 

Tempat Letak kenderaan


Graduan dan ibu bapa/tetamu hendaklah meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang akan disediakan oleh pihak Universiti. Sila patuhi arahan/tunjuk arah yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Universiti.


Solat Zohor


Graduan yang beragama Islam dibenarkan solat Zohor setelah mendaftarkan diri dan diberi kad barisan. Masuk waktu Zohor ialah pada jam 1.15 petang. Sebaik sahaja selesai solat graduan diminta segera masuk ke dalam barisan mengikut nombor giliran/susunan yang ditetapkan semasa mendaftarkan diri.

Graduan yang didapati tidak kembali ke dalam barisan pada jam 2.00 petang tidak akan dibenarkan masuk ke dalam dewan.


Barang-barang Persendirian


Graduan adalah dinasihatkan supaya tidak membawa masuk barang-barang persendirian seperti beg, kamera, telefon bimbit, alat kelui (Pager) atau sebagainya ke dalam Dewan Sultan Iskandar, UTM.

 

Graduan Kurang Upaya


Graduan kurang upaya (mengandung, cacat atau kemalangan) yang memerlukan bantuan peralatan seperti kerusi roda atau pembantu diminta memaklumkan kepada pihak Universiti semasa mengemukakan Borang Pengesahan Kehadiran Konvokesyen atau memaklumkan kepada staf bertugas semasa hari raptai.

 

Kuasa Universiti


Graduan yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yang dinyatakan di atas adalah dilarang daripada menyertai Majlis Konvokesyen ini.

Last Updated on Wednesday, 02 April 2014 03:23