| KESELAMATAN & KECEMASAN |
|
|
|
|
Laluan Keselamatan Jika terdapat sebarang kecemasan atau perkara yang tidak diingini, terdapat 3 laluan keluar yang boleh digunakan:
Ketika kecemasan berlaku, semua pintu sisi serta pintu utama dewan akan dibuka. Graduan dan tetamu dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan petugas dan keluar dari dewan secara teratur melalui pintu-pintu sisi dan pintu utama dewan menuju ke tempat-tempat yang telah ditetapkan dan bertanda. Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan, sila dapatkan dari penyambut-penyambut tetamu yang sentiasa sedia membantu.
Pelan tindakan kecemasan dan tempat berkumpul jika berlaku kecemasan
Rawatan Kecemasan Sepanjang majlis konvokesyen berlangsung, tempat rawatan sementara disediakan yang dinamakan Sick Bay yang terletak di penjuru kiri Pentas Dewan Sultan Iskandar. Ia akan dikendalikan oleh staf Pusat Kesihatan yang terlatih dan dilengkapi dengan peralatan yang mencukupi bagi menangani situasi kecemasan. Sick Bay ini akan beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga jam 5.30 petang. Sebuah ambulan dtempatkan untuk menangani sebarang kemungkinan Sila dapatkan bantuan daripada Petugas Majlis Konvokesyen semasa majlis berlangsung. |
| Last Updated on Wednesday, 05 September 2012 06:47 |










