KAJIAN PENGESANAN GRADUAN IPTA 2013 PDF Print E-mail

Adalah dimaklumkan semua Institusi Pengajian Tinggi Awam termasuk Universiti Teknologi Malaysia telah menjalankan Kajian Pengesanan Graduan sejak tahun 2000 atas arahan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kajian ini bertujuan mengukur tahap 'employability' dan 'marketability' graduan selain mendapatkan pandangan/persepsi graduan tentang keberkesanan dan kualiti program akademik dan sistem penyampaian di Universiti.

Sehubungan itu, semua graduan DIWAJIBKAN mengisi borang Kajian Pengesanan Graduat IPTA 2013 secara atas talian (online) di laman web
http://graduat.mohe.gov.mySistem akan dibuka mulai 8 hingga 24 Mei 2013. Saudara dihendaki mencetak Slip Pengesanan Kajian sebagai bukti. Pakaian Konvokesyen tidak akan diserahkan kepada graduan yang gagal mengisi kajian ini.

Untuk makluman lanjut, boleh menghubungi talian 07-5530459/30324 (En. Zaini bin Mohamad Amir).

Maklumat yang jujur, ikhlas dan tepat amat dialu-alukan dan dihargai dalam memperbaiki sistem pendidikan di Universiti.


Muat-turun Surat Pemakluman Mengenai Kajian Pengesanan Graduan

Last Updated on Monday, 29 April 2013 08:52