Info Terkini Konvo ~ 24 September 2011 PDF Print E-mail

 

FESTIVAL KONVOKESYEN KE-47, REALISASI TRANSFORMASI UNIVERSITI

 

JOHOR BAHRU, 21 September - Banyak dari inisiatif perancangan transformasi Universiti sedang rancak dilaksanakan. Bahkan ada antaranya telah menampakan hasil yang amat menggalakkan. Salah satu darinya, transformasi kepada Universiti Penyelidikan. Sebaik sahaja mendapat pengiktirafan sebagai Universiti Penyelidikan, Universiti tanpa menoleh kebelakang bergerak dengan penuh yakin dan terus mendapat kejayaan demi kejayaan.

Sebagai usaha melibatkan mahasiswa dalam transformasi ini, Universiti telah menggalakan mereka menceburkan diri dalam aktiviti yang sesuai dengan potensi masing-masing. Oleh itu bertepatan dengan tema Festival Konvokesyen kali ke 47 ini iaitu ÒTeknologi, Inovasi dan KeusahawananÓ, mahasiswa telah diberi kepercayaan mengendalikan Festival Konvokesyen. Diharapkan dengan adanya sambutan Festival Konvokesyen pada setiap tahun khususnya kali ke-47 ini akan menjadi sumber inspirasi kepada mahasiswa lain untuk mencipta kejayaan yang boleh menaikkan nama UTM ke arah mencapai transformasi universiti yang ingin menjadi sebuah Universiti Penyelidikan berteraskan Keusahawan Bertaraf dunia atau World-Class Entrepreneurial Research University dan seterusnya dapat membina kerjaya di masa hadapan para mahasiswa.

Dengan penglibatan seumpama ini, mahasiswa dapat meningkatkan sahsiah diri sekaligus melahirkan graduan yang berkebolehan, berinovasi, integriti serta sanggup berkorban dalam apa jua situasi yang dihadapi. Ini sesuai benar seperti titah ucapan DYMM Tuanku Canselor, Raja Zarith Sofiah semasa merasmikan Festival Konvokesyen baru-baru ini ÒMemandangkan keadaan dunia pekerjaan yang begitu mencabar ketika ini, mahasiswa dinasihatkan agar sentiasa mempersiapkan diri serta meningkatkan prestasi akademik dan juga kemahiran insaniah bagi memenuhi kehendak semasa. Keadaan ini amat membimbangkan apabila para graduan pada hari ini bukan sahaja terpaksa bersaing sesama graduan tetapi turut bersaing dengan graduan dari IPTA, IPTS dan graduan luar negara yang lain.


MAHASISWA BERINTEGRITI EJEN KECEMERLANGAN UNIVERSITI

 

JOHOR BAHRU, 21 September - Mahasiswa sebagai ejen kecemerlangan sesebuah Universiti akan dilihat lebih bermakna sekiranya mereka tampil dengan nilai integriti yang sihat dalam melaksanakan perubahan secara kreatif dan inovasi atau transformasi terutamanya dalam meningkatkan daya pengeluaran negara dan bersaing di peringkat globalisasi. Y.Bhg. DatoÕ Naib Canselor, Prof. Ir. Dr. Zaini Ujang semasa berucap kepada hadirin sempena Majlis Perasmian Festival Konvokesyen kali ke-47 UTM telah memperincikan perkara tersebut dengan usahausaha Universiti dalam menerapkan nilai keusahawanan kepada mahasiswa mampu menjadikan mahasiswa lebih berdaya saing dan berdikari malah menyumbang kepada ekonomi negara.

Festival kali ini yang mengangkat tema 'Teknologi, Inovasi, Keusahawanan' jelas membuktikan mahasiswa UTM memiliki idea dan daya kreativiti yang tinggi, inovasi dan progresif disamping nilai-nilai keusahawanan dan atribut dalam diri mereka walaupun dibebani dengan tugasan ilmiah Universiti.

Tambah Dato' Naib Canselor lagi, bidang akedemik dan kokurikulum yang seimbang natijahnya mampu menyerlahkan potensi diri setiap mahasiswa dalam memenuhi falsafah dan misi Universiti iaitu melahirkan golongan mahasiswa yang berketrampilan, berinovasi, berilmu dan berintegriti.


FESTIVAL KONVOKESYEN KE-47 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) MERIAH DALAM SUASANA LEBARAN

 

JOHOR BAHRU, 21 September - Festival Konvokesyen UTM kali ke-47 yang diadakan di Padang Kawad, UTM telah berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dan keceriaan ketika Syawal masih hangat dirayakan. Festival Konvokesyen yang bertemakan Teknologi, Inovasi dan Keusahawanan dilihat begitu signifikan dengan matlamat penganjuran untuk melahirkan mahasiswa yang berfikiran kreatif, inovatif dan mampu menjana pendapatan melalui aktiviti dan program yang berteraskan teknologi dan keusahawanan.

Jam 8.30 malam, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah telah berangkat tiba dengan di alu-alukan paluan kompang mengiringi Baginda ke pentas DiRaja. Majlis di mulai dengan Negaraku dan di ikuti bacaan doa. Persembahan kebudayaan telah memulakan kemeriahan majlis dengan tarian Zapin daripada sekumpulan pelajar SK Sri Melati yang begitu menghiburkan. Sejurus selepas itu ucapan aluan daripada Pengarah Festival Konvokesyen dan juga ucapan DatoÕ Naib Canselor UTM serta titah ucapan perasmian DYMM Tuanku Canselor.

Kemuncak majlis pelancaran Festival Konvokesyen ke-47 UTM ialah Gimik pelancaran dimulai sebaik sahaja Baginda Tuanku menekan butang di rostrum diikuti kepulan asap dan maskot lebah perlahan-lahan keluar daripada kotak. Turut diadakan pada malam tersebut ialah pertunjukan bunga api.

Majlis juga diserikan dengan persembahan nyanyian lagu ÓKalau RinduÓ oleh Persatuan Kesenian Citra Daksina (PETERANA), disusuli tarian Zapin dengan iringan beberapa buah lagu asli. Menghangatkan lagi majlis pada malam itu adalah gabungan persembahan daripada PETERANA dan SK Sri Melati nyanyian lagu-lagu raya bersama-sama dengan tarian Zapin. Di akhir majlis, Tuanku Canselor berkenan mencemar Duli melawat tapak gerai jualan diikuti Majlis Santapan.


RAPTAI MAJLIS KONVOKESYEN KE-47 UTM LANCAR

 

JOHOR BAHRU, 23 September - Sesi Raptai Konvokesyen UTM Ke-47 yang diadakan di Dewan Sultan Iskandar, UTM, Johor Bahru telah berjalan dengan lancar dan meriah dengan kehadiran para graduan. Dengan bertemakan Lestari, raptai konvokesyen dipenuhi dengan pengisian tentang perjalanan majlis pada hari konvokesyen sebenar.

Hajah Najmah Shamsuddin, Timbalan Pendaftar Kanan selaku Penyelaras Konvokesyen telah memulakan sesi raptai kali ini dengan memberi taklimat tentang cara pemakaian yang perlu dipatuhi oleh para graduan. Beliau juga menekankan kepentingan peranan graduan pertama setiap program bagi melancarkan majlis. Para graduan juga diingatkan untuk memberi kerjasama dengan menepuk tangan supaya perjalanan konvokesyen berjalan dengan meriah. Taklimat fotografi telah disampaikan oleh En. Mohd Rashid Abd. Rahup dari Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa bagi pengambilan gambar ketika majlis berlangsung. Menurut beliau, semua gambar graduan disediakan oleh Kelab Fotokreatif UTM.

Taklimat terakhir telah disampaikan oleh En. Azri Hohad dari Pejabat Pendaftar tentang tatacara menerima Album Ijazah. Para graduan hendaklah mengikuti setiap aturan yang telah ditetapkan merangkumi cara memberi penghormatan dan penghargaan kepada penyampai anugerah. Bagi mendapat gambaran sebenar tatacara penyampaian ijazah, beberapa orang pelakon terdiri dari staf Universiti telah menunjukkan cara courtesy, ucapan penghargaan dan pergerakan naik serta turun pentas.

Pihak Universiti meminta semua graduan memberi kerjasama mengikut panduan yang telah diberikan oleh pihak universiti bagi menjamin kelancaran ketika majlis berlangsung.


APA KATA MEREKA

 

UTM adalah tidak asing bagi saya dan suka belajar di sini. UTM sahaja satu-satunya universiti yang menawarkan pengajian yang saya ambil iaitu Construction Contract Management Di situ istimewanya UTM.
Rozilah Talib/ Ijazah Sarjana / FAB (Pesisir KL)

Selain daripada kemudahan yang semakin baik, UTM adalah institusi yang begitu cemerlang dan terbaik untuk pembelajaran pasca ijazah, jika diberi peluang saya akan sambung pengajian di sini.
Basri Badyalina / Ijazah Sarjana Muda / Fakulti Sains

Saya bangga sebagai pelajar UTM. Banyak pengetahuan dan perkara baru ditimba setiap hari di UTM. Pensyarah juga sangat-sangat membantu.
Zulzaile Othman / Ijazah Sarjana Muda / Fakulti Sains


MENARIK DI TAPAK FESTIVAL KONVO KE-47 UTM

 

BIO Prima Tech, Produk Kesihatan Islam

Sabun Whitening Bunga Tanjung, Sabun Collegen, Losyen Anti Nyamuk, Syampu Uban, Gel Aloe Vera, Kapsul Pelangsing, Sabun Gamat Aloe Vera dan lain-lain.
www.bioprima.net
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

NADIM Kaedah Latihan Saintifik

Modul latihan yang mendedahkan peserta mengenai Sains Keseimbangan IQ & EQ untuk meningkatkan kualiti minda serta keperibadian individu
Iskandar Malaysia UTM Research Centre (IMREC)
www.utm.my/imrec

Last Updated on Monday, 26 September 2011 03:06