Home Alumni UTM.my

  FAQ
 
 
 
Soalan lazim
 
 

1.

 

Apakah syarat kemasukan bagi program SPACE-FKA ?

 

 

Pelajar haruslah memenuhi syarat Am Universiti iaitu:

 

-

Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu.

 

-

Mempunyai Diploma atau kelulusan lain yang diktiraf.

 

-

Telah mengambil Malaysia University Engilish Test (MUET)

>

 

 

 

 

Pelajar juga harus memenuhi syarat khas Fakulti iaitu:

 

-

Memiliki Diploma Kej. Awam dari UTM / Setaraf dengan PNGK sekurangnya 2.70,

 

 

atau

 

 

PNGK kurang 2.70 tetapi mempunyai sekurangnya 2 tahun pengalaman bekerja dalam bidang.

 

-

Lulus dengan kepujian dalam Matematik diperingkat SPM/Setaraf atau sekurangnya gred C dalam salah satu matapelajaran Matematik di peringkat Diploma.

>

 

 

2.

 

Adakah pengalaman kerja dijadikan syarat dalam proses kemasukan?

 

 

Calon yang PNGK kurang dari 2.70 perlu mempunyai pengalaman kerja tidak kurang dari 2 tahun dalam bidang.

>

 

 

3.

 

Dimanakah pusat pembelajaran yang ditawarkan?

 

 

Setakat ini 11 pusat pembelajaran telah dibuka iaitu di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Alor Setar, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuching, Kota Kinabalu dan Kulim.

>    
4.   Adakah Pengecualian kredit diberi?
    Ya. Minimum pengecualian kredit diberi adalah sebanyak 25.

>

   
5.   Pengecualian Latihan industri?
    Diberi, tetapi perlu memohon dengan membuat laporan pengecualian latihan industri dan menjalani temuduga serta perlu mendapatkan kelulusan jawatan kuasa latihan industri.

>

   
6.   Berapa lama tempoh pengajian
    4 1/2 tahun atau 9 semester

>

   
7.   Makmal kejuruteraan dijalankan dimana?
    Makmal kejuruteraan awam hanya dijalankan di UTM, Skudai Sahaja.

>

   
8.   Siapakah pensyarah yang mengajar?
    Pensyarah yang mengajar adalah pensyarah yang berpengalaman dan pensyarah yang sama mengajar di program perdana.

>

   
9.   Subjek yang ditawarkan pada semester pendek?
    Pada semester pendek hanya ditawarkan subjek umum, makmal dan seminar kejuruteraan awam (SEMKA)

>

   
10.   Adakah program mendapat pengiktirafan BEM?
    Ya. Program kami telah diiktiraf oleh BEM dan telah mendapat pengiktirafan untuk kohot 1995-2001. Bagi kohot 2002-2004 sedang dalam proses tindakan kami.

>

   
11.   Jumlah kredit untuk setiap semester tetap atau bebas?
    Tetap, dan maksimum 10 kredit dibenarkan setelah mengambil kira beban pelajar.

>

   
12.   Berapakan jumlah kredit penganugerahan?
    134 kredit

>

   
13.   Bagaimanakah hendak mendapatkan maklumat terkini?
    Maklumat terkini boleh diperolehi dari pelbagai sumber iaitu melalui SPACE, KJPL, penyelaras atau melalui laman web.

>

   
14.   Sudah berapa lama SPACE beroperasi?
    Semenjak 1995

>

   
15.   Adakah pelajar disediakan penasihat akademik?
    Ya, penasihat akademik akan bertanggungjawab terhadap masalah akademik pelajar untuk setiap pusat pembelajaran.

>

   
 
 
 
 

SPACE-FKA